Tuesday, August 8, 2017

Allah anugerahkan sesuatu yang berharga

Kisah kehidupan...

Assalamualaikum semua pembaca..Mudah-mudahan selalu berada dalam kesihatan yang terbaik.Lama rasanya Ummu Safura tidak berkongsi dalam blog ini.Alhamdulillah masih diberi kesempatan kali ini.



Pernah tak teman-teman menghadapi masalah seperti Ummu Safura???

Tugasan seharian yang banyak, tanpa rehat yang cukup, masa untuk mengambil hidangan makanan pun terkejar-kejar..
Realitinya, itulah kehidupan sekarang.Banyak tuntutan yang perlu dilunaskan.Hak sesama manusia perlu dijaga.Hanya berpegang dengan ayat ini, membuatkan Ummu Safura kuat..

"Jika engkau bantu agama Allah, pasti Allah membantumu"

Alkisahnya bermula...
Kehidupan alam kampus, disamping menuntut ilmu kita ada tanggungjawab lain iaitu membantu menjaga kebajikan pelajar kampus. Tugas sebagai pimpinan pelajar amatlah banyak. Bermula dari awal pagi sampailah malam. Sampaikan masa makan dan rehat tidak terjaga.

Ditambah diri ini sedia ada menghidapi masalah gastrik sejak kecil. Sedih bila ingat kisah dulu. Mudah cepat penat, mudah sakit, Ummu Safura rasa down sangat. Niat nak membantu kawan-kawan kampus selalu terganggu dengan masalah kesihatan sendiri.

Selalu berdoa pada Dia, temukan ku jalan penyelesaian terbaik. Maka dengan takdirnya, Ummu Safura kenal Shaklee melalui seorang senior dan sekarang menjadi leader Ummu Safura.Alhamdulillah, syukurrr sangat..

Vitamin pertama yang Ummu Safura ambil adalah Alfalfa Complex. Ia turut dikenali sebagai raja segala tumbuhan. Keunikkannya mempunyai akar yang panjang ke dalam bumi mampu meresap pelbagai sumber mineral. Ia juga mampu merawat masalah gastrik Ummu Safura dengan bertindak mengalkalikan tubuh badan yang berasid.

Apabila Ummu Safura masuk alam rumahtangga, masih konsisten dengan Shaklee. Alhamdulillah dapat ambil set kehamilan dan juga set berpantang Shaklee. Paling terkesan apabila Ummu Safura ambil Esp Shaklee.


ESP Shaklee adalah sejenis minuman soya berprotin.Mengandungi 9 amino asid lengkap yang tidak mampu dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ditambah dengan Ummu Safura ambil Esp Shaklee, masalah gastrik dapat dirawat dengan baik.

Yang nak Ummu Safura kongsikan, Esp ni mampu jadi booster energy kita. Rasa bertenaga seharian. Ingat lagi masa Ummu Safura menyusukan mujahidah solehah ummi, Safura Thuwaibah. Setiap kali lepas sesi penyusuan pasti Ummu Safura tidak mampu bangun apatah lagi untuk laksanakan tugas hakiki sebagai surirumahtangga yang pada masa itu masih belajar.


Sedih sangat bila ingat semula..
Dengan izin Allah, dan takdirnya, Ummu Safura dapat ambil Esp Shaklee dan vitamin yang lain seperti Vita-C, B-complex, Vita-lea  dan lain-lain. Kini Ummu Safura dapat lakukan lebih daripada dulu. Apabila dapat membantu memudahkan urusan orang lain menjadi satu kepuasan hidup buat Ummu Safura.

Kalau Ummu Safura nak kongsi manfaat Esp Shaklee ni memang banyak. Ummu Safura dah rasa semua tu. Bertenaga seharian tanpa mengambil makanan yang banyak, parut pada kulit makin pudar, kuku dan rambut makin sihat, antibodi badan bertambah kuat, badan ringan sebab dah buang toksin tak guna.

Jom lihat testimoni #Esp Shaklee. Mereka pun telah membuktikan.



Yang penting, Esp Shaklee ni best sangat. Kalau ada teman-teman yang masih mencari ikhtiar untuk hidup lebih sihat, Ummu Safura syorkan cuba dengan produk Shaklee.

KENAPA???
~Kini berusia hampir 60 tahun di pasaran
~Disahkan HALAL oleh Islamic Services Of America dan diiktiraf oleh JAKIM
~Sentiasa SELAMAT, BERKESAN, MESRA ALAM

Dan banyak lagi sebab kenapa Ummu Safura jatuh cinta dengan Esp Shaklee dan Shaklee.
Semua dengan petunjuk dan izin Nya. Shaklee adalah asbab Ummu Safura dan keluarga hidup lebih sihat selamat. Ditambah dalam agama Islam sendiri sangat menuntut umatnya menjaga kesihatan supaya kuat tubuh badan.

Setakat ini sahaja perkongsian di entri kali ini. Didoakan pembaca mendapat manfaat yang besar.Sekiranya teman-teman berminat untuk tahu lebih lanjut boleh personal message:
FB: Aina Nadzirah Mohd Yunus
Whatapp: +201121180773 (no.Egypt)

Coretan Ikhlas,
Ummu Safura
Shaklee Egypt
Shaklee Semenyih
Shaklee Puchong
Shaklee seMsia

"Alamilah Kehebatan Kesihatan Dengan Produk Nutrisi Shaklee"
"Sihat Anugerah Terindah"